Laman ini didedikasikan untuk kumpulan vokal Ug5C yang ditubuhkan oleh pelajar Malaysia ketika menuntut di Wales United Kingdom. Nama Ug5C merupakan rangkuman perkataan Undergraduate, 5 (ahli asal) dan Cardiff (bandar terletaknya studio rakaman mereka)
Wednesday, December 25, 1996
Ug5C Winter 1996
Kumpulan Ug5C telah mengambil bahagian di dalam program Malam Kebudayaan Islam 1996 anjuran Hizbi UK & Eire dengan menyampaikan lagu-lagu yang telah dirakam melalui Projek Tatkala Tiba Seruan Jihad. Persembahan diadakan di Muath Welfare Trust Birmingham.
Sunday, September 1, 1996
Ug5C Autumn 1996
| 1.Ayuhlah Diri | Play |
| 2.Seruan Jihad | Play |
| 3.Seruan 1 | Play |
| 4.Salahuddin Al Ayyubi | Play |
| 5.Seruan 2 | Play |
| 6.Usah Guar Sahabat | Play |
| 7.Kemenangan Islam | Play |
| 8.Pesanan Buat Sahabat | Play |
Kumpulan Ug5C telah dijemput untuk mengadakan persembahan nasyid dan pentomin sempena Malam Kebudayaan Islam Hizbi UK & Eire di Birmingham pada bulan Disember 1996 bersamaan musim sejuk (winter). Sebagai persiapan awal, sebuah rakaman studio diterbitkan pada musim luruh (autumn) kepada mereka yang terlibat di dalam persembahan tersebut. Rakaman ini diedarkan di kalangan rakan-rakan terdekat sahaja. Latihan pementasan diadakan berdekatan bangunan Cardiff Student Union.
Saturday, June 1, 1996
Ug5C Summer 1996
Pada cuti musim Summer 1996, Kumpulan Ug5C sekali lagi berkumpul untuk menghasilkan projek album Tatkala Tiba Seruan Jihad yang akan dilancarkan pada musim Winter 1996. Kali ini sebuah rumah di Riverside Cardiff telah dipilih untuk dijadikan studio rakaman. Beberapa peralatan rakaman seperti Multi-Track Recorder, Drum Machine, Sound Effects dan lain-lain telah dibeli dari kedai second-hand.
Friday, March 1, 1996
Ug5C Spring 1996
Kumpulan Ug5C membuat rakaman pertama pada cuti Musim Spring 1996. Sebuah rumah berdekatan Roath Park Cardiff menjadi tempat melakukan latihan dan rakaman. Album pertama berjudul Langkah Satu diterbitkan menggunakan sistem Home Audio. Kualitinya tidak begitu baik dan tidak dapat dipindahkan ke dalam format digital. Walaubagaimanapun, kumpulan ini mendapat banyak pengalaman dari percubaan pertama ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)




